Thursday, July 15, 2010

KENANGAN PIALA DUNIA 2010

Salam dan selamat sejahtera..

Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana dah lama tak update blog ini..semuga selepas ini blog ini akan kembali diisi dengan coretan-coretan sukan dari saya.

Sudah empat hari Piala Dunia Afrika meninggalkan kita, sebulan kita dihidangkan persembahan pasukan-pasukan terbaik dunia yang akhirnya Sepanyol ditabal sebagai juara dalam versi perlawanan akhir yang menghiburkan.

Bagi saya Piala Dunia kali ini memberi sesuatu yang bermakna dalam karier saya sebagai Pengulas Sukan. Apabila saya dimaklumkan bahawa pengurusan Astro Arena mahu membawakan Piala Dunia dalam ulasan Bahasa Malaysia, saya jadi terkejut serta teruja dengan berita itu.

Sebenarnya memang telah lama saya mengimpikan agar Piala Dunia dibawakan ulasannya menggunakan bahasa kebangsaan kita. Pada saya perkara ini penting sebagai salah satu usaha bukan sahaja untuk memertabatkan bahasa kebangsaan kita malah saya yakin bahasa mampu menyuntik semangat patriotisme dikalangan atlet-atlet sukan serta warga generasi belia negara malah rakyat dinegara ini.

Soal pengulasan dalam bahasa ibunda ini sebenarnya telah lama diamalkan oleh negara-negara yang maju dalam sukan, China, Thailand, Indonesia dan banyak lagi selalu membawakan pengulasan menggunkan bahasa kebangsaan masing-masing. Kita bukan mahu mengikut atau meniru akan tetapi jika ianya bermakna kenapa tidak.

Saya tidak pasti berapa ramai yang mengikuti liputan Piala Dunia di Astro Arena, tetapi saya yakin bilangannya agak ramai dan ramai juga yang melahirkan rasa puas hati mereka, malah saya rasa tersentuh apabila saya menerima sms dari peminat OKU PENGLIHATAN menyatakan rasa terima kasih beliau kerana dia amat puas mengikuti Piala Dunia kali ini di Astro Arena, kerana menurutnya barulah dia dan rakan-rakannya yang OKU PENGLIHATAN dapat menikmati kerancakan, maklumat-maklumat melalui pengulasan Piala Dunia Bahasa Malaysia di Astro Arena.

Sebagai sesuatu yang baru, saya akui ramai juga yang tidak suka pendekatan ulasan Piala Dunia dalam Bahasa Malaysia, mereka-mereka ini mungkin dah selalu mengikuti EPL contohnya dalam bahasa Inggeris, tetapi yakinlah bahawa ianya adalah suatu usaha murni yang dilakukan oleh astro arena kearah membantu peningkatan sukan dinegara ini melalui konteks pengulasan dalam Bahasa Malaysia.

Pada masa yang sama saya mewakili rakan-rakan pengulas di Astro Arena ingin memohon maaf diatas sebarang kekurangan kami sewaktu mengulas perlawanan-perlawanan Piala Dunia lalu.

Sampai jumpa lagi..

0 comments: