Sabtu, 5 Jun; Malang menimpa dua pemain, Didier Drogba, Ivory Coast dan skiper England Rio Ferdinand, apabila kedua mereka mengalami kecederaan.
Drogba tercedera selepas bertembung dengan pemain Jepun Marcus Tulio Tanaka hanya baru 18 minit beraksi pada perlawanan persahabatan menjelang Piala Dunia dimana Ivory Coast menang 2-0 keatas Jepun.
Menurut laporan beberapa media Perancis, Drogba dilaporkan bakal melupakan aksinya di Piala Dunia kali ini namun menurut jurulatihnya Sven Goran Eriksson "kecederaan Drogba hanya sedikit dibawah bahunya".
Ketua pasukan England Rio Ferdirnand pula mengalami kecederaan kaki kirinya sewaktu latihan. Sehubungan itu Fabio Capello telah mengarahkan pemain pertahanan tengah Tottenham, Michael Dawson, terbang ke Afrika bagi menggantikan Ferdinand.
Lain-lain keputusan perlawanan persahabatan menjelang Piala Dunia menyaksikan German menewaskan Bosnia 3-1, Sepanyol 1 - 0 Korea Selatan, Mexico mengejutkan juara bertahan Itali 2-1.
0 comments:
Post a Comment