Adoiiiii, lama sungguh tak mengarang disini, maaf laaa..pejam celik, makan tidok..macam-macam dah berlaku disekeliling rupanya, dan sudah tentu ramai orang bercakap pasal piala dunia di Afrika Selatan yang bermula Jumaat minggu depan.
InsyaAllah minggu depan saya akan ke Melaka untuk liputan Sukma. Bercakap tentang Sukma 2010 kali ini, pada saya agak sayang ianya bertembung dengan Piala Dunia. Tetapi itu semua hanya sementara, sepuluh hari sahaja manakala Piala Dunia sebulan.
Disini saya mengucapkan selamat berjuang kepada atlet-atlet muda negara pada temasya Sukma kali ini, gunakanlah peluang pada Sukma kali ini untuk menyerlahkan bakat dan keupayaan sebenar anda.
Kepada kaki-kaki bola, pastikan tumpuan turut diberikan kepada faktor kesihatan kerana ada perlawanan berlangsung awal pagi.
Setakat ini dulu, InsyaAllah saya menulis lagi.
0 comments:
Post a Comment