
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pentas 2009 akan melabuhkan tirainya sebentar lagi..IsnyaAllah tahun 2010 akan kita lalui selepas ini dan sudah pasti bagi muslimin dan muslimat azam yang kita tanam pada awal tahun 1431 Hijrah lalu masih segar dan mahu terus kita abadikan sebagai teman bagi memacu perjuangan hidup di dunia ini.
Kepada anda pelawat blog ini, saya mohon maaf kerana tidak selalu "updates" story's mahupun perkembangan-perkembangan terkini berkaitan sukan untuk dikongsi bersama sepanjang kewujudan blog ini, seperti yang pernah saya maklumkan dahulu, blog ini adalah alternatif kepada laman mediasukan.com.my yang terpaksa saya offline kan berikutan kekangan dan halangan tertentu.
Menjadi harapan dan impian saya agar saya akan dapat terus mengekalkan blog ini disamping berusaha mengembalikan laman mediasukan.com.my dimasa hadapan.
Arena sukan negara sepanjang 2009 sesungguhnya sarat dengan pelbagai pengajaran untuk kita lebih bersemangat menghadapai cabaran 2010. Kepada atlet-atlet dan pegawai-pegawai sukan dinegara ini, saya mendoakan agar tahun 2010 akan membawa lebih banyak kejayaan.
Seperkara yang saya harap dapat dilakukan oleh para atlet mahu pun jurulatih dan pegawai, agar kita akan terus berusaha dan bersabar dalam apa jua tindakan mendatang.
Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama ini, saya kira kita beruntung kerana masih dapat hidup dalam suasana yang aman dan dapat menganjurkan pelbagai acara sukan dinegara ini. Tidak dapat saya bayangkan sekiranya negara ini tidak mempunyai kejohanan-kejohanan sukan atau aktiviti-aktiviti sukan kurang dimainkan atau rakyatnya semakin tidak ambil peduli tentang sukan...
Oklah, jika nak diikutkan, jemari ini semakin mahu mengutarakan apa yang semakin berlegar dikepala, tapi sampai disinilah sajalah dulu yang sempat saya coretkan sebelum kita menempuh tahun 2010 esok.
Doa dan harapan saya agar kita semua terus dikurniakan kesihatan yang baik bagi menempuh kalendar baru yang menanti.
Selamat Tahun Baru 2010.
shaukei.
1 comments:
Assalamualaikum kepada empunya blog dan selamat menyambut tahun baru 2010. Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang lebih baik agar dapat mengharungi tahun baru dengan lebih tabah dan lebih bersemangat. Maju lah sukan untuk negara...
Post a Comment