Suasana di Stadium Sultan Ismail, Kuala Terengganu malam sabtu lalu agak panas sebaik pengadil Mohd Rahmat Jantan meniupkan wisel penamat. Malah keadaan menjadi semakin panas apabila rancangan wisel penamat TV1 turut membicarakan topik tentang mutu pengadilan, dan yang pasti pandangan masyarakat terhadap pengadil sedikit sebanyak telah terjejas.
Saya berpendapat secara keseluruhan mutu pengadilan saudara Mohd Rahmat Jantan dan rakan-rakannya malam itu baik, sungguh pun ada satu dua keputusan yang boleh dipertikaikan, tetapi itu lumrah dalam sesuatu perlawanan bolasepak, mana ada pengadil yang tidak melakukan kesilapan.
Masalahnya dalam bolasepak dinegara kita adalah berkaitan tahap pengetahuan undang-undang permainan dikalangan pemain, apabila pemain mula mempertikaikan keputusan-keputusan pengadil tampa merujuk kepada pengetahuan undang-undang permainan, apa lagi ia seakan mencurah minyak kepada para penonton, maka jawabnya terbakarlah sudahnya.
Sebagai penonton kita juga perlu menyedari dan menghormati bahawa tugas pengadil bukan mudah, kita melihat permainan itu melalui sudut dimana kita berada, tetapi tidak pengadil, pengadil perlu melihat dan mengikuti sesuatu permainan dan pergerakkan itu dalam kedudukan, masa dan suasana yang pelbagai, malah mereka tidak sesedap duduknya penonton, mereka berlari, memerhati, mengawasi dan menguatkuasakan undang-undang permainan, cuba kita fikirkan secara mendalam akan hal ini.
Saya faham perasaan penonton dan saya juga menghormati dan bersimpati dengan nasib yang menimpa pengadil bagi saya pengadil itu wajar kita sanjungi, kerana pada setiap perlawanan, pergerakan pengadil itu telah diperhati dan dan dinilai oleh kommisioner perlawanan dan petugas pengadil, dan kita semua sebagai manusia biasa memang memiliki kebebebasan bersuara namun biarlah kebebasan itu digunakan secara tertib dan berhemah.
Adilkah kita?.
0 comments:
Post a Comment