Thursday, October 1, 2009

PBSMM BAKAL MEWARNAI LIGA MALAYSIA 2011



Rabu, 30 September 2009; Kancah Liga Malaysia 2011 bakal menyaksikan penyertaan pasukan Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBSMM), demikian dimaklumkan oleh YB Dato Haji Takiyuddin Haji Hassan, Presiden PBSMM.

Menurut Dato' Takiyuddin, FAM baru-baru ini telah memberi lampu hijau kepada PBSMM untuk mempersiapkan pasukan menyertai Liga Malaysia musim 2011. Sehubungan itu PBSMM telah menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi memastikan persiapan kearah itu berjalan lancar.

Pengumuman tersebut telah dibuat pada Mesyuarat Ahli Majlis PBSMM yang pertama selepas mesyuarat agung bulan lalu yang menyaksikan Dato' Takiyuddin dipilih sebagai Presiden.

Mesyuarat petang tadi juga memutuskan bahawa saingan Piala Emas Raja-Raja musim ini akan diadakan selepas perlawanan Piala Agong diantara Kelantan menentang Johor di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bahru, Kelantan pada 13 November 2009.

Seperti tahun lalu cabaran peringkat awal Kejohanan Piala Emas Raja-Raja musim ini akan dijalankan mengikut format zon dengan Pulau Pinang selaku tuanrumah Zon Utara, Terengganu tuanrumah Zon Timur, Selangor tuanrumah Zon Tengah manakala kedudukan tuanrumah Zon Selatan belum dapat diputuskan berikutan Johor dan Singapura menawarkan diri sebagai tuanrumah.

Turut diputuskan pada mesyuarat siang tadi langkah PBSMM meneruskan usaha menganjurkan Pertandingan Bolasepak Melayu Nusantara, menyertai pertandingan-pertandingan jemputan diluar negara disamping menggalakan badan-badan gabungan negeri menganjurkan aktiviti-aktiviti masing-masing kearah pembangunan sukan bolasepak dinegara ini.

Juga dimaklumkan pada mesyuarat tersebut adalah kesediaan sebuah syarikat korporat menaja Kejohanan Piala Emas Raja-Raja musim ini dimana pengumuman mengenainya akan dilakukan dalam masa terdekat ini.

Mesyuarat siang tadi turut memutuskan penubuhan beberapa jawatakuasa kecil bertujuan memantapkan usaha PBSMM membantu FAM memajukan sukan bolasepak negara.

0 comments: